Satu tarikh yang
tersusun cantik. Alangkah bertambah cantiknya ia jika hari tersebut dipenuhi
dengan pelbagai aktiviti pengisian yang baik dan bermanfaat.
Pastinya ramai yang menyedari tentang hadirnya tarikh
ini. Mungkin juga ada ramai yang memilih untuk melakukan sesuatu yang berbeza
dan bermakna pada tarikh ini. Ada yang memilih untuk bertunang atau berkahwin
pada tarikh ini. Tarikh ini hanya muncul sekali dalam seumur hidup. Sebaik
sahaja ia berlalu, tidak mungkin kita akan menemuinya lagi. Sebab itulah ramai
yang memilih untuk membuat kelainan pada tarikh tersebut, melakukan sesuatu
yang mungkin tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.
Masing-masing mempunyai pandangan dan perancangan yang
berbeza.
Namun apa yang ingin ditegaskan adalah, tarikh ini tidak
mungkin akan berulang kembali. Sebaik sahaja ia berlalu, ia hanya akan tinggal
sebagai kenangan dan masa lalu. Disebabkan itulah kita digalakkan untuk
memanfaatkan ia dengan sebaiknya.
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Kita akan
melalui hidup ini hanya sekali. Di saat Izrail datang menjemput kita, kita akan
pergi buat selamanya. Apabila kita telah ‘pergi’, tiada ruang dan peluang lagi
untuk kita kembali ke dunia semula.
Maka kita perlulah menggunakan masa yang diberikan
ketika hidup di dunia ini dengan sebaiknya. Kehadiran tarikh yang cantik
tersusun ini boleh dianggap sebagai satu nasihat dan peringatan secara tak
langsung kepada kita, umat manusia, bahawa setiap apa yang hadir itu bakal
berlalu. Dan setiap yang berlalu itu tidak dapat diulang kembali. Dengan itu,
diharapnya agar setiap insan mengambil pengajaran yang sepatutnya daripada
‘silent reminder’ tersebut.
Memetik salah satu surah dari kitab suci al-Quran
sebagai peringatan bersama:
“Dan demi masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan (nasihat menasihati)
dengan kebenaran
dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-‘Asr, 103: 1-3)
Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi itu. Untuk itu, kita perlulah sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada menuju ke arahnya. Dengan sentiasa mengingatkan diri bahawa apa yang dilalui tidak akan berulang lagi, mungkin dapat membuatkan kita lebih berwaspada dan berusaha untuk menghargai setiap detik yang berlalu.
11.12.13 tidak mungkin akan berulang lagi. Setiap hari yang berlalu juga tidak mungkin dapat diulang kembali. Begitu juga hayat kita. Maka manfaatkanlah setiap detik yang dilalui dengan sebaiknya. Jadilah seseorang yang sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya dan jadilah seseorang yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia lain.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment