Sunday, December 19, 2010

Janji Allah episode 1

                Pagi itu tenang suasananya. Sejuk. Nazari bangun dari tidur setelah dikejutkan rakannya. “Alhamdulillah..  ana masih hidup”, dia bermonolog sendirian sambil membaca doa bangun tidur. “Ari! Cepatlah.. siap.. kita ke surau.”, ajak Imran. Nazari biasa dipanggil sebegitu sejak kecil lagi. “Enta pergilah dulu. Ana tak nak bebankan enta. Ana nak bersiap dulu. Nak berjumpa dengan Allah ni. Kenalah smart. Hehe”, katanya sambil berlalu ke tandas dengan bertuala. “Bukankah berjemaah itu lebih baik? Cepat sikit. Ana tunggu”, balas Imran sambil membuka Al-Quran untuk dibaca sambil menunggu rakannya itu bersiap. Nazari terus melangkah sambil menghadiahkan senyuman kepada rakan kesayangannya itu. Walaupun ada saki baki air liur hasil daripada proses beradu malam tadi, senyumannya tetap manis. 
                Setelah bersiap, mereka bertolak ke masjid. Berdua. Rakan-rakan bilik mereka yang lainnya masih bersiap. Mereka perlu bergegas ke surau kerana mereka ada tugas penting. “Berapa minit lagi?”, tanya Nazari. “lebih kurang setengah jam lagi. Sempatlah solat  sunat dulu”, jawab Imran sambil mempercepatkan langkahnya. Pagi itu, giliran Imran untuk mengazankan subuh. Setibanya mereka di surau mereka terus mengambil wuduk dan solat sunat wuduk. “Tit! Tit! Tit!”, jam mekanikal di surau SMKA Kerian berbunyi menandakan masuknya waktu subuh di kawasan Bukit Merah dan kawasan sekitarnya.  Maka berkumandanglah suara azan subuh di sekolah agama itu. lunak dan tegas suaranya. Mengejutkan mana-mana insan yang masih tidur. Selepas itu, berduyun-duyunlah para mujahid agama bertandang ke surau itu. satu matlamat, satu tujuan. Beribadah kerana Allah. Nazarilah yang mengimami mereka. Begitulah rutin harian mereka di asrama merangkap imam dan bilal surau serta exco Badan Dakwah dan Kerohanian(BADAR). Menjadi tugas mereka menjalankan kerja-kerja dakwah walau pada hakikatnya ia tanggungjawab setiap muslim. Usai solat, mereka menjamah selera di dewan makan sebelum bertolak ke sekolah untuk menuntut ilmu.
                Banyak aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka ibarat adik beradik. Petang itu, Imran mengajak nazari bermain tenis. Memang kegemaran mereka bermain tenis. Setelah beberapa kali berbalas serangan, bola yang dipukul Nazari tiba-tiba melambung tinggi melepasi pagar hijau yang memagari court tenis itu. Ketika itu, terdapat beberapa akhawat sedang bermain bersama anak-anak warden dan kebetulan rumah warden bersebelahan dengan court tenis itu. “Ukhti! Jaga kepala!”, nazari menjerit. Namun jeritannya sudah terlambat kerana ukhti itu tak sempat mengelak. Bola tenis itu tepat mengenai bahu ukhti itu. maka bercucuranlah air mata si gadis yang berumur 16 tahun itu kerana kesakitan. Terduduk. Nazari bergegas ke tempat kejadian manakala Imran mendapatkan Ustaz Zaki, warden bertugas hari itu. “Enta kalau main tenis tu janganlah sampai menyakitkan orang lain!”, ujar Hazwani, salah seorang rakan mangsa. Marah. “wani, usnuzhon!”, tegur Anis, rakannya yang seorang lagi. Hazwani beristighfar sambil duduk kembali bersama Shahirah, mangsa kejadian. “Akak Syerah sakit ke?”, tanya Irfan, salah seorang anak warden. Syahirah senyum hambar, nak menjaga hati si kecil. Imran datang bersama Ustaz Zaki. “Kamu berdua balik dulu, biar ustaz uruskan”, arah ustad kepada Imran dan Nazari. Sebelum mereka pulang , Nazari sempat berkata kepada Shahirah, “asif jiddan..”. Shahirah hanya menunduk. Diam seribu bahasa. “Serius ke?”, tanya ustaz. “Tak ustaz, sakit sikit je.”, Syahirah menjawab sambil mengusap air matanya. “kalau begitu tak apelah.. nah ambik minyak gamat ni. sapu, takut nanti bengkak. Kalau ada apa-apa lagi call ustaz ye..”, pesan ustaz sambil berlalu pulang ke rumahnya. “Jom kita balik.. dah pukul 6 ni.. nanti marah pulak makcik dewan makan”, ajak anis. “Yey! Makan!”, Hazwani melompat kegembiraan. “enti ni kalau bab makan seronok je kan?”, tanya Anis. Hazwani tersenyum sinis kerana disakat rakannya. Shahirah sedikit terhibur dengan gelagat rakan-rakannya itu.
Di asrama…
“Ana cuai sangat la… ana pukul bola tu pada sudut yang salah…”, luah Nazari kepada rakan karibnya. “Bukan salah enta… salah ana bagi bola kuat sangat kat enta tadi… sebab tu lah bola tu melambung  jauh”, balas Imran memujuk. Dua hari berlalu, dia asyik teringatkan Syahirah. Dia sendiri tidak tahu mengapa tapi hakikatnya itulah yang berlaku. “Ana rasa ana dah kena panahan syaitan”, keluh Nazari kepada sahabatnya. “Hah? Bila? Bagaimana? Di mana?”, Imran memberikan soalan bertalu-talu. “Entahlah Dekyan, ana asyik teringatkan ukhti yang kena bola ana tu.”, jawab Nazari ringkas. Imran mesra dipanggil Dekyan. Imran memahami maksud rakannya itu lalu memegang kedua-dua bahu rakannya itu dan merenung dalam-dalam biji mata Nazari. “Ari, cinta itu anugerah Allah. Enta kena kawal perasaan enta sebab merindui seseorang ajnabi boleh terjerumus dalam zina hati. Keadaan kita, tujuan kita ke sekolah, ialah belajar. Enta ada tanggungjawab yang enta pikul sekarang”, pesan Imran. Tegas. “Ana tahu semua itu. Shukran kerana mengingatkan ana”, balas Nazari. “Yakinlah dengan ayat ini sohibi,…
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]
… kalau enta sentiasa berbuat baik, menjauhi semua larangan-Nya dan buat semua suruhan-Nya, nescaya ada yang lebih baik daripada dia. Kalau dah jodoh tak kemana sohibi, yang penting, la taqrobu zina!”, nasihat rakannya tegas tanda sayang. “Alhamdulillah, Allah kurniakan rakan yang boleh diharap. Shukran ya… sekarang ana rasa tenang sedikit… ana akan cuba lupakan dia… insyaAllah… buat masa sekarang, menuntut ilmu lebih penting!”, balas Nazari bersemangat.
                Tiga bulan berlalu. Tibalah saat yang dinanti oleh para mujahid tingkatan lima kerana peperiksaan SPM berkunjung tiba. Hampir sebulan mereka bertungkus lumus berperang dengan soalan-soalan yang tertera dengan berpedangkan pen dan alat tulis. Akhirnya kertas terakhir dijawab. Bahasa Arab Tinggi. “Baiklah, masa menjawab sudah tamat. Semua pelajar sila periksa semula nama dan butir-butir peribadi anda dengan teliti dan tunggu sehingga pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan anda”, arah ketua pengawas peperiksaan dengan senyuman. Semuanya tersenyum tanda puas dan merdeka setelah penat berjuang selama dua tahun. Seronok tidak terhingga. Sejurus keluar daripada dewan peperiksaan, dua rakan sehati sejiwa terus bertakbir dan memeluk antara satu sama lain. “Sekarang kita kena bertawakkal kepada Allah. Allah telah berfirman dalam ayat kelima dan keenam daripada surah Al-Insyirah …
5.Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
… Oleh itu, kita kena yakin dengan Allah,” kata Nazari. “ye, betul tu. Ana setuju sangat-sangat dengan enta… dah dua tahun kita berusaha… sekarang kita tawakkal!”, balas Imran sambil tersenyum. Keesokan paginya, selepas solat sunat dhuha, ada satu majlis di dewan. Majlis yang diiringi raut muka kesedihan setiap pelajar lepasan SPM itu. majlis perpisahan. Dua sahabat karib itu berdakapan sambil menangis. “Ana harap, kita tak lost contact”, pesan Nazari. “ana juga begitu. Enta, enta janganlah bersedih. Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. La Tahzan…”, balas Imran walaupun hakikatnya dia juga sedang bersedih dan menangis. Sayup kedengaran lagu tema minggu orientasi semasa mereka mula-mula mendaftar  di sekolah itu di tingkatan satu, lima tahun dahulu. Sengaja dimainkan lagu nasyid kumpulan Brothers itu bagi mengingat kembali detik-detik bersama selama lima tahun. Sedih dan terhibur pada waktu yang sama bila teringat saat ketika bermain bersama, berlawak jenaka dan lain-lain lagi.
Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya
                “Dengar tu Ari, perjuangan kita belum berakhir. Teruskan perjuangan. Hingga ke akhirnya. “, pesan Imran sejurus bait-bait terakhir nasyid itu berkumandang. “ Baik, sohibi. Enta pun sama.”, balas Nazari. Mereka berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing dengan sedih dan gembira pada waktu yang sama. Sebelum berpisah, mereka sempat bertukar hadiah. Imran menghadiahi Nazari sehelai kertas manakala nazari menghadiahi Imran juga dengan sehelai kertas. Ringkas tapi besar maknanya kepada diri masing-masing. Mereka pun berpisah membawa haluan masing-masing.
Pada kertas pemberian Imran,
Ni hadiah ikhlas dari ana, sebuah lirik nasyid. Dari kumpulan UNIC. Ingat x, kita selalu bernasyid bersama-sama di atas bukit sambil memerhatikan suasana matahari timbul pada setiap pagi? Ana sayang enta. Ana harap ukhuwah kita kekal hingga ke syurga. J Asif jiddan atas segala salah dan silap ana kepada enta ya... Assalamualaikum.
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Pada kertas pemberian Imran,
Ana bersyukur dapat sahabat macam enta. Alhamdulillah. Ana harap, kita tak lost contact. Kalau ada apa-apa kongsilah dengan ana. Kita ada facebook. Ni hadiah ana.  Tak seberapa, asif jiddan. Ini je yang ana mampu sediakan. Ana pilih lirik lagu ni sebab ana seronok tengok enta nyanyi sorang-sorang atas bukit tu sambil ana jadi suara latarnya saja. Hehe kenangan indah kan? J. Maafkan segala salah silap, dosa dan noda ana kepada enta ye. Assalamualaikum.
Brothers

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
Bersambung…
Glosari:
Usnuzhon = bersangka baik
Asif jiddan = ana minta maaf banyak-banyak
la taqrobu zina = jangan menghampiri zina
La Tahzan = jangan bersedih
Sohibi = sahabatku
Akhawat = saudara-saudara perempuan
Ukhti = saudaraku (perempuan)
Akhi = saudaraku(lelaki)

Friday, December 10, 2010

kehidupan di pusat asasi uia.. :)

       sejuk pagi itu... suasana bilik 113 mahallah Abu Bakar sunyi ditemani kegelapan awal subuh... sunyi sepi.... semuanya diulit keenakan nikmat tidur.... "KRIIIIINNNGGGG!!!!!!" bunyi itu berulang lagi... masuk kali ketiga tuan nset itu pun bangun... "owh... dah nak subuh...",katanya. lantas dia off nsetnya maka berhentilah suara ringphone tadi... dia lantas mengejutkan kawan2nya bangun subuh... husaini namanya.... lebih mesra dipanggil ceni...(thanks ceni sbb selalu kejut aku... hehe)... kami berjemaah... baca almathurat sama2... seronok...
        
      selepas habis baca almathurat, masing2 free... ada yang memilih untuk menghadap komputer, ada yang stadi, dan ada yang sambung tidur... sehinggalah kelas masing2 nak bermula, barulah siapkan diri... hehe, orang bujanglah katakan... kalau pukul 11, maka pukul 10 setengahlah baru nak mandi... :)

      perjalanan pergi kelas.... turun tangga mahallah.... xdak apa.... teruskan perjalanan.... sampai ke halangan pertama... pondok pak gat... langkah pertama, usha pak gat dia tengah buat apa... kalau x buat apa2, means fine... xdak apa... kalau dia tengah menunggu, kena la display matric card.... (betapa malasnya diriku ini.. haha)... halangan pertama berjaya dilepasi.... sebaik lepas saja pondok pak gat, muncullah halangan kedua... annisa'... sungguh mencabar halangan ini... mancabar iman... tapi ku rempuh jua... haha... pandangan tu kena kawallah.... maklumlah... kena panah dengan setan nanti... halangan ini berada di sepanjang perjalanan hinggalah sampai ke kelas...

     di kelas... dalam kelas ada jugak kaum hawa ni... so x terlepas lagi la halangan kedua ni... tapi x apa... duduk asing2... bukannya saling mengadap.... masing2 mngadap depan.... nak blajo... memang x dinafikan kadang2 ada jugak annisa' yang mungkin lupa suara itu aurat... gelak sampai didengari kaum adam.... lecturer mengajor... inilah halangan ketiga... subjek... huh bak kata orang kedah... "susah kaw r abag ang!!" haha... tapi bila dipikirkan balik, memang la susah... kalau senang, bukan belajar namanya tu... haha... fizik, math, kimia dan komputer merupakan subjek killer di centre for foundation studies, IIUM... :) kami pelajar engineering x ambek subjek biology.... so terselamat la hidup ak daripada subjek pembunuh tu... haha.. ok berbalek kpd lecture... dlm kelas ni tumpuan tu mmg kena 100%.. x leh kurang, buleh lebih... haha... dalam kelas math, 1 ja ak tensyen.... bila lecturer bagi latihan, kaum hawa ni la yang paling cepat jawab... ish3 tensyen ak... bkn apa... cemburu... dan iri hati... ustad ak kata... cemburu dalam pelajaran x pa... cemburu membina...

   selepas kelas.... p kafe... tujuannya hanya 1... makan untuk hidup... bkn hidup untuk makan... haha kat sini, ak paling suka ecafe... huh makanan dia... sedap2!!! ayam goreng besor2... harga pown macam orang kedah kata... "kaw2 r abag ang... murah nak mampoih!!!" haha nasik kosong + ayam seketul yang besor tadi, baru rm2 stengah biasanya... (pembaca jangan jeles.. hehe)...

    balik bilik... hah rinduku pada si dia... akhirnya bertemu jua... dialah laptopku... haha perkenalkan... halangan keempat.. laptop... yang mmg susah nak elak... skrg ni pown (masa tengah taip) ni pown ak tengah guna laptop ak... haha bila bukak laptop.. phm2 lah... 1st skali pasang brodben, bkk mozilla, terus bkk kitabulwajah... haha... trok benor ak... kadang2 tu... punya nak elak dari bertemu dengan laptop ak ni, ak sanggup stadi kat blok e... (blok e tu agak jauh gak r)... baru tenang... kalau stadi kat dorm, ingt katillah, ingt laptop lah... huh mmg susah...

   malam... maghrib mesti solat kat masjid... kalau x masjid, sekurang2nya surau... (amalan yang diajar kat smka xkanku lupa... insyaAllah.) lepas maghrib, makan malam... time ni selalunya kami (ali, syafiq ngan syamil) jumpak.. sebab kat sini kami x kelas skali.... borak2 sampailah isyak... p masjid balik..... lpas isyak, stadi!! haha malam2 gini x bnyk sngt halangan dia...

   itulah sedikit sebanyak alkisah kehidupan ak kat sini... best! ak mntk maaflah kalau ada silap atau ter tambah cket ke... hehe... so... sape yg bce cte ni, ambiklah yang positive... sekurang2nya ambiklah sesuatu... yang negative tu jadikan pengajaran.. bkn niat ak nk riak ke ujub ke, ape ke.. tp mcm crita robiatul adawiah.. ada 1 malam tu ada pencuri masuk rumah robiatul adawiah... tapi cari2 apa barang berharga pown xdak... so pencuri tu nak blah la... tapi robiatul adawiah mntk pencuri tu ambek sesuatu dari rumah dia... dia suruh ambek wuduk... :) ak harap pembaca pahamlah ea..  sekian saja dari ana... assalamualaikum

Thursday, November 11, 2010

Aku Nak Jadi Orang


Aku Nak Jadi Orang
www.iluvislam.com
Oleh : sebaik2nikmat
Editor : almusafirq8



Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.

Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji Allah, tanda taat kepada-Nya.

Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.

"Abah, Khairul nak tanya sikit boleh?", kata Khairul.

"Tanyalah", jawab ayahnya.

"Sebenarnya, Khairul tak ada cita-cita. Khairul tak tahu nak jadi bila besar nanti. Abah nak Khairul jadi apa?", kata Khairul sambil memandang wajah ayahnya menantikan sebuah jawapan.

Lantas perlahan-lahan ayahnya meletakkan tangan ke atas bahu Khairul dan berpaut padanya seperti sepasang sahabat yang sangat rapat sambil mengalirkan arus kasih sayang kepada anak sulungnya itu.

"Khairul, abah nak Khairul jadi orang. Itu saja", jawabnya ringkas.

Lantas dengan laju jari-jemari Khairul menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal sambil mempamerkan wajah pelik kepada ayahnya tanda tidak faham dengan kata-kata ayahnya.
Melihat Khairul begitu, ayahnya tersenyum sambil berkata, "tak mengapalah Khairul, suatu hari nanti Khairul akan faham".

Khairul tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya itu. Malam itu, dia mengutarakan soalan yang sama kepada ibunya mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Tapi, jawapan yang sama diberi ibunya.

"Mak nak Khairul jadi orang", kata ibunya.

"Memang Khairul orang pun mak", kata Khairul tanpa menyedari jarinya sudah melekat sekali lagi menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Ibunya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya itu.

"Nanti khairul dah besar nanti, Khairul fahamlah tu", kata ibunya.

Beberapa hari selepas itu, berlakulah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan Khairul sampai sekarang. Sudah menjadi kebiasaan Khairul dan kawan-kawannya bermain 'kad tepuk'. 'Kad tepuk' ini merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang berbentuk perjudian. Dengan berbekalkan duit syiling 10 sen, sepapan kad yang mempunyai pelbagai gambar di depan dan nombor kad terup di belakang dibeli.

Apabila hendak bermain, setiap pemain dikehendaki bertaruh sebanyak beberapa keping kad. Apabila 'line clear', atau tiada guru, maka berlaku pertandingan tepuk-menepuk antara mereka. Setiap kad yang bejaya diterbalikkan angin hasil tepukan, menjadi milik kekal penepuk itu. Nah, inilah bentuk-bentuk perjudian halus yang dilakukan Khairul. Tapi ketika itu, Khairul tidak tahu definasi sebenar judi kerana dia masih kanak-kanak. Malam itu, seperti biasa, ibunya ingin menyemak hasil pembelajarannya di sekolah. Tapi, kad hasil kemenangan tadi yang dijumpai.

"Aduh, habislah aku. Lupa pulak nak simpan tadi," Khairul bermonolog sendirian.

"Khairul! Apa benda ni?," tanya ibunya dengan nada marah sambil menunjukkan kad itu kepada Khairul. Khairul hanya mampu menunduk.

Lantas ibunya bangun mengambil sebatang rotan yang sederhana saiznya tapi besar impaknya dalam hidup Khairul. Jantung Khairul berdegup kencang bagaikan enjin motor ayahnya kerana takutkan rotan itu.

"Tahu tak apa ni?," tanya ibunya.

"Kad judi," jawabnya.

"Selama ni mak hantar pergi sekolah suruh belajar bukan suruh main benda ni. Tadah tangan cepat!", perintah ibunya.

Maka tangan Khairul pun dicium rotan itu tanda sayang seorang ibu yang ingin membentuk anaknya menjadi anak yang soleh.

"Ingat, mak nak Khairul jadi orang, bukan binatang", kata ibunya.

Tapi Khairul yang masih kecil ketika itu masih tidak memahami maksud ibunya. "Khairul memang orang. Bukan binatang", dia bermonolog sendirian tanda protes tapi dalam diam sahaja.

Sejak kecil lagi Khairul sudah diterapkan dengan nilai-nilai Islami. Khairul dipaksa pergi ke surau sebelum masuk waktu, membaca Al-quran setiap hari, dan macam-macam lagi. Tujuannya hanya satu, untuk melatih Khairul menjadi 'orang'. Pada mulanya Khairul tidak suka diperlakukan sedemikian rupa tapi pabila dia sudah biasa, Khairul merasa halawatul iman dan jatuh cinta kepada Islam dan Penciptanya.


Alhamdulillah, Khairul telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan ditawarkan ke SMKA Kerian. Maka, dia terus dilatih menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini."

Itulah perinsip yang dipegang Khairul. Semakin hari, dia semakin memahami maksud kedua orang tuanya iaitu menjadi 'orang', bukan 'binatang'. Setiap hari, Khairul terus berusaha untuk majukan dirinya dengan mengimbangkan ketiga-tiga perkara ini, iaitu jasmani, akal dan roh. Dia bermain setiap petang, berusaha dalam pembelajarannya dan beribadah dengan istiqamah. Dia ingin bertawazzun (mengimbangkan) ketiga-tiga perkara ini supaya dirinya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Tahun demi tahun berlalu, Khairul telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pada suatu ketika di satu per tiga malam,dia berkhalwat seorang diri sambil bermuhasabah diri. Dia mengimbau kenangan dan dosa yang terdahulu lalu teringat pesan kedua orang tuanya yang mahukan dia menjadi 'orang'.

"Abah, mak, Khairul dah berjaya jadi 'orang'. Terima kasih banyak-banyak abah, mak, sebab didik Khairul. Khairul akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dunia akhirat. InsyaAllah." Khairul bermonolog sendirian sambil menitiskan air mata lantas berdoa.

''Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil''.




Glosari :-

- monolog   : dialog dengan diri sendiri
- halawatul : kemanisan
- istiqamah : berterusan

- khalwat    : duduk bersendirian