Sunday, December 19, 2010

Janji Allah episode 1

                Pagi itu tenang suasananya. Sejuk. Nazari bangun dari tidur setelah dikejutkan rakannya. “Alhamdulillah..  ana masih hidup”, dia bermonolog sendirian sambil membaca doa bangun tidur. “Ari! Cepatlah.. siap.. kita ke surau.”, ajak Imran. Nazari biasa dipanggil sebegitu sejak kecil lagi. “Enta pergilah dulu. Ana tak nak bebankan enta. Ana nak bersiap dulu. Nak berjumpa dengan Allah ni. Kenalah smart. Hehe”, katanya sambil berlalu ke tandas dengan bertuala. “Bukankah berjemaah itu lebih baik? Cepat sikit. Ana tunggu”, balas Imran sambil membuka Al-Quran untuk dibaca sambil menunggu rakannya itu bersiap. Nazari terus melangkah sambil menghadiahkan senyuman kepada rakan kesayangannya itu. Walaupun ada saki baki air liur hasil daripada proses beradu malam tadi, senyumannya tetap manis. 
                Setelah bersiap, mereka bertolak ke masjid. Berdua. Rakan-rakan bilik mereka yang lainnya masih bersiap. Mereka perlu bergegas ke surau kerana mereka ada tugas penting. “Berapa minit lagi?”, tanya Nazari. “lebih kurang setengah jam lagi. Sempatlah solat  sunat dulu”, jawab Imran sambil mempercepatkan langkahnya. Pagi itu, giliran Imran untuk mengazankan subuh. Setibanya mereka di surau mereka terus mengambil wuduk dan solat sunat wuduk. “Tit! Tit! Tit!”, jam mekanikal di surau SMKA Kerian berbunyi menandakan masuknya waktu subuh di kawasan Bukit Merah dan kawasan sekitarnya.  Maka berkumandanglah suara azan subuh di sekolah agama itu. lunak dan tegas suaranya. Mengejutkan mana-mana insan yang masih tidur. Selepas itu, berduyun-duyunlah para mujahid agama bertandang ke surau itu. satu matlamat, satu tujuan. Beribadah kerana Allah. Nazarilah yang mengimami mereka. Begitulah rutin harian mereka di asrama merangkap imam dan bilal surau serta exco Badan Dakwah dan Kerohanian(BADAR). Menjadi tugas mereka menjalankan kerja-kerja dakwah walau pada hakikatnya ia tanggungjawab setiap muslim. Usai solat, mereka menjamah selera di dewan makan sebelum bertolak ke sekolah untuk menuntut ilmu.
                Banyak aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka ibarat adik beradik. Petang itu, Imran mengajak nazari bermain tenis. Memang kegemaran mereka bermain tenis. Setelah beberapa kali berbalas serangan, bola yang dipukul Nazari tiba-tiba melambung tinggi melepasi pagar hijau yang memagari court tenis itu. Ketika itu, terdapat beberapa akhawat sedang bermain bersama anak-anak warden dan kebetulan rumah warden bersebelahan dengan court tenis itu. “Ukhti! Jaga kepala!”, nazari menjerit. Namun jeritannya sudah terlambat kerana ukhti itu tak sempat mengelak. Bola tenis itu tepat mengenai bahu ukhti itu. maka bercucuranlah air mata si gadis yang berumur 16 tahun itu kerana kesakitan. Terduduk. Nazari bergegas ke tempat kejadian manakala Imran mendapatkan Ustaz Zaki, warden bertugas hari itu. “Enta kalau main tenis tu janganlah sampai menyakitkan orang lain!”, ujar Hazwani, salah seorang rakan mangsa. Marah. “wani, usnuzhon!”, tegur Anis, rakannya yang seorang lagi. Hazwani beristighfar sambil duduk kembali bersama Shahirah, mangsa kejadian. “Akak Syerah sakit ke?”, tanya Irfan, salah seorang anak warden. Syahirah senyum hambar, nak menjaga hati si kecil. Imran datang bersama Ustaz Zaki. “Kamu berdua balik dulu, biar ustaz uruskan”, arah ustad kepada Imran dan Nazari. Sebelum mereka pulang , Nazari sempat berkata kepada Shahirah, “asif jiddan..”. Shahirah hanya menunduk. Diam seribu bahasa. “Serius ke?”, tanya ustaz. “Tak ustaz, sakit sikit je.”, Syahirah menjawab sambil mengusap air matanya. “kalau begitu tak apelah.. nah ambik minyak gamat ni. sapu, takut nanti bengkak. Kalau ada apa-apa lagi call ustaz ye..”, pesan ustaz sambil berlalu pulang ke rumahnya. “Jom kita balik.. dah pukul 6 ni.. nanti marah pulak makcik dewan makan”, ajak anis. “Yey! Makan!”, Hazwani melompat kegembiraan. “enti ni kalau bab makan seronok je kan?”, tanya Anis. Hazwani tersenyum sinis kerana disakat rakannya. Shahirah sedikit terhibur dengan gelagat rakan-rakannya itu.
Di asrama…
“Ana cuai sangat la… ana pukul bola tu pada sudut yang salah…”, luah Nazari kepada rakan karibnya. “Bukan salah enta… salah ana bagi bola kuat sangat kat enta tadi… sebab tu lah bola tu melambung  jauh”, balas Imran memujuk. Dua hari berlalu, dia asyik teringatkan Syahirah. Dia sendiri tidak tahu mengapa tapi hakikatnya itulah yang berlaku. “Ana rasa ana dah kena panahan syaitan”, keluh Nazari kepada sahabatnya. “Hah? Bila? Bagaimana? Di mana?”, Imran memberikan soalan bertalu-talu. “Entahlah Dekyan, ana asyik teringatkan ukhti yang kena bola ana tu.”, jawab Nazari ringkas. Imran mesra dipanggil Dekyan. Imran memahami maksud rakannya itu lalu memegang kedua-dua bahu rakannya itu dan merenung dalam-dalam biji mata Nazari. “Ari, cinta itu anugerah Allah. Enta kena kawal perasaan enta sebab merindui seseorang ajnabi boleh terjerumus dalam zina hati. Keadaan kita, tujuan kita ke sekolah, ialah belajar. Enta ada tanggungjawab yang enta pikul sekarang”, pesan Imran. Tegas. “Ana tahu semua itu. Shukran kerana mengingatkan ana”, balas Nazari. “Yakinlah dengan ayat ini sohibi,…
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]
… kalau enta sentiasa berbuat baik, menjauhi semua larangan-Nya dan buat semua suruhan-Nya, nescaya ada yang lebih baik daripada dia. Kalau dah jodoh tak kemana sohibi, yang penting, la taqrobu zina!”, nasihat rakannya tegas tanda sayang. “Alhamdulillah, Allah kurniakan rakan yang boleh diharap. Shukran ya… sekarang ana rasa tenang sedikit… ana akan cuba lupakan dia… insyaAllah… buat masa sekarang, menuntut ilmu lebih penting!”, balas Nazari bersemangat.
                Tiga bulan berlalu. Tibalah saat yang dinanti oleh para mujahid tingkatan lima kerana peperiksaan SPM berkunjung tiba. Hampir sebulan mereka bertungkus lumus berperang dengan soalan-soalan yang tertera dengan berpedangkan pen dan alat tulis. Akhirnya kertas terakhir dijawab. Bahasa Arab Tinggi. “Baiklah, masa menjawab sudah tamat. Semua pelajar sila periksa semula nama dan butir-butir peribadi anda dengan teliti dan tunggu sehingga pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan anda”, arah ketua pengawas peperiksaan dengan senyuman. Semuanya tersenyum tanda puas dan merdeka setelah penat berjuang selama dua tahun. Seronok tidak terhingga. Sejurus keluar daripada dewan peperiksaan, dua rakan sehati sejiwa terus bertakbir dan memeluk antara satu sama lain. “Sekarang kita kena bertawakkal kepada Allah. Allah telah berfirman dalam ayat kelima dan keenam daripada surah Al-Insyirah …
5.Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
… Oleh itu, kita kena yakin dengan Allah,” kata Nazari. “ye, betul tu. Ana setuju sangat-sangat dengan enta… dah dua tahun kita berusaha… sekarang kita tawakkal!”, balas Imran sambil tersenyum. Keesokan paginya, selepas solat sunat dhuha, ada satu majlis di dewan. Majlis yang diiringi raut muka kesedihan setiap pelajar lepasan SPM itu. majlis perpisahan. Dua sahabat karib itu berdakapan sambil menangis. “Ana harap, kita tak lost contact”, pesan Nazari. “ana juga begitu. Enta, enta janganlah bersedih. Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. La Tahzan…”, balas Imran walaupun hakikatnya dia juga sedang bersedih dan menangis. Sayup kedengaran lagu tema minggu orientasi semasa mereka mula-mula mendaftar  di sekolah itu di tingkatan satu, lima tahun dahulu. Sengaja dimainkan lagu nasyid kumpulan Brothers itu bagi mengingat kembali detik-detik bersama selama lima tahun. Sedih dan terhibur pada waktu yang sama bila teringat saat ketika bermain bersama, berlawak jenaka dan lain-lain lagi.
Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya
                “Dengar tu Ari, perjuangan kita belum berakhir. Teruskan perjuangan. Hingga ke akhirnya. “, pesan Imran sejurus bait-bait terakhir nasyid itu berkumandang. “ Baik, sohibi. Enta pun sama.”, balas Nazari. Mereka berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing dengan sedih dan gembira pada waktu yang sama. Sebelum berpisah, mereka sempat bertukar hadiah. Imran menghadiahi Nazari sehelai kertas manakala nazari menghadiahi Imran juga dengan sehelai kertas. Ringkas tapi besar maknanya kepada diri masing-masing. Mereka pun berpisah membawa haluan masing-masing.
Pada kertas pemberian Imran,
Ni hadiah ikhlas dari ana, sebuah lirik nasyid. Dari kumpulan UNIC. Ingat x, kita selalu bernasyid bersama-sama di atas bukit sambil memerhatikan suasana matahari timbul pada setiap pagi? Ana sayang enta. Ana harap ukhuwah kita kekal hingga ke syurga. J Asif jiddan atas segala salah dan silap ana kepada enta ya... Assalamualaikum.
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Pada kertas pemberian Imran,
Ana bersyukur dapat sahabat macam enta. Alhamdulillah. Ana harap, kita tak lost contact. Kalau ada apa-apa kongsilah dengan ana. Kita ada facebook. Ni hadiah ana.  Tak seberapa, asif jiddan. Ini je yang ana mampu sediakan. Ana pilih lirik lagu ni sebab ana seronok tengok enta nyanyi sorang-sorang atas bukit tu sambil ana jadi suara latarnya saja. Hehe kenangan indah kan? J. Maafkan segala salah silap, dosa dan noda ana kepada enta ye. Assalamualaikum.
Brothers

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
Bersambung…
Glosari:
Usnuzhon = bersangka baik
Asif jiddan = ana minta maaf banyak-banyak
la taqrobu zina = jangan menghampiri zina
La Tahzan = jangan bersedih
Sohibi = sahabatku
Akhawat = saudara-saudara perempuan
Ukhti = saudaraku (perempuan)
Akhi = saudaraku(lelaki)

1 comment: