Sunday, December 22, 2013

Ketidaksengajaan Yang Ditakdirkan

Kadangkala ada perkara yang berlaku kepada kita secara tidak disengajakan.
Atau biasanya kita panggil sebagai 'kebetulan'.
'Kebetulan' tu cuma bahasa kita jer.
Sebenarnya tidak ada yang kebetulan dalam hidup ni.
Melainkan semuanya adalah ketetapan dan ketentuan Allah SWT.
Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
Setiap yang terjadi itu pasti ada sesuatu untuk kita ambil iktibar daripadanya.
Kerana hidup ini indah, setiap detik itu adalah istimewa.
Maka setiap pengajaran untuk diri hadir dengan pelbagai cara.
Untuk membolehkan kita belajar dengan lebih berkesan.
Agar menjadi menarik dan tidak membosankan.

Suatu hari semasa menekan-menekan di Youtube, terkeluarlah satu cerita ni.
Tertarik dengan tajuknya, maka memilih untuk menontonnya.
Walaupun belum sempat menonton sepenuhnya, tapi kerana yakin bahawa cerita ini ada nilai tersendiri, teringin untuk berkongsi dengan semua. 
Inilah ketidaksengajaan yang dimaksudkan.
Tidak sengaja menekan Youtube sehingga akhirnya menemui cerita ini.
Tapi ingin ditegaskan lagi sekali bahawa ini bukanlah ketidaksengajaan yang biasa melainkan ketidaksengajaan yang ditakdirkan.
Kerana yakin bahawa ada sesuatu di sebalik cerita ini.
Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripadanya.
Inshaa Allah.



"Pencari Jalan Lurus"


Saturday, December 21, 2013

Penghibur Jalanan 2.0

Apabila disebut tentang "Penghibur Jalanan", apa yang anda fikirkan?
Adakah seseorang individu atau sekumpulan manusia yang berada di jalanan untuk menghiburkan orang lain?
Atau adakah anda teringat pada lagu Penghibur Jalanan nyanyian Amir Jahari?
Atau anda langsung tidak terfikir tentang apa-apa?
Haha...
Masing-masing ada andaian tersendiri dan tafsiran masing-masing kan...
Merujuk kepada tajuk iaitu "Penghibur Jalanan 2.0", ia mestilah mempunyai versi tersendiri kan.
Yer, sememangnya ia... unik dan menarik dengan cara tersendiri...


Diceritakan satu alkisah...
Seorang pelajar ketika sedang berjalan pulang menuju asramanya, sesuatu terjadi tanpa dijangka.
Seperti kebiasaannya, dia hanya mengambil jalan yang sama yang dilaluinya pada hari-hari lain.
Namun setiap kali melalui jalan tersebut, pasti sahaja ada sesuatu yang menjadikan harinya terasa istimewa.
Dan ditakdirkan pada hari yang cerah itu, dia melintas jalan dengan gembiranya walaupun pada hari tersebut keadaan lalu lintas agak sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang. 
Cuaca yang baik. Langit yang cerah. Kepulan awan yang kecil dan comel turut menghiasi dada langit. Keindahan itu menambahkan lagi keasyikannya untuk memandang langit tanpa bosan.
Sebaik sahaja melintas jalan tersebut, langkahnya terhenti seketika.
Agak terkejut barangkali dengan apa yang dilihat di hadapannya.
Sedikit risau dengan nasib yang bakal diterimanya pada hari tersebut.
Dalam debaran, kaki tetap melangkah dan senyuman tetap terukir di bibir.
sesekali ingatan dibawa kepada suatu kisah seorang sahabatnya. 
Dia pernah diceritakan oleh seorang sahabat tentang satu 'pertarungan' yang akhirnya membawa tangisan.
Sahabatnya itu dikatakan termenangis kerana ketakutan akibat bertarung dengan monyet-monyet yang cuba merampas makanan miliknya.
Terkenangkan cerita tersebut membuatkan dirinya geli hati seketika dan pada masa yang sama turut kesian dengan sahabatnya.
Namun itu kisah sahabatnya. Sekarang ini adalah kisahnya pula.
Bagaimana nasibnya akan jadi apabila terpaksa berhadapan dengan makhluk Tuhan yang bernama 'monyet' tanpa disengajakan.
Bukan seekor tapi dua ekor serentak.
Mindanya ligat berfikir mencari jawapan bagi segala persoalan yang muncul di benak fikiran:
Macam mana monyet ni boleh ada kat sini?
Apa yang monyet ni buat kat sini?
Mungkinkah monyet akan serang dirinya nanti?
Adakah ada sebarang makanan padanya yang memungkinkan monyet-monyet tu terkam ke arahnya?
Adakah monyet ni garang?
Pelbagai persoalan meluncur laju tanpa sebarang tol.
Dikuatkan semangat untuk terus melangkah dan dipanjatkan doa agar segalanya berjalan lancar untuknya.
Senyuman dihadiahkan kepada kedua-dua monyet tersebut.
Sebagai tanda bersopan-santun kononnya.
Atau sebagai isyarat "Please be nice to me today."
Atau mungkin juga sebagai tanda memujuk hati supaya keep calm & stay cool.
Setiap langkah diatur dengan sopan dengan senyum yang masih terukir.
Sedikit demi sedikit, jarak semakin dekat.
Langkah semakin menghampiri.
Hati makin terubat malah semakin bertambah keriangannya apabila melihat senyumannya yang berbalas.
Hatinya cukup terhibur dengan fenomena tersebut.
Subhanallah...Indahnya ciptaan Tuhan.
Tidak disangka olehnya bahawa monyet-monyet tersebut membalas senyumannya dengan penuh mesra sekali.
Alangkah bahagianya hatinya.
Senyuman yang diberikan oleh Sang Monyet itu cukup ikhlas dirasakannya.
Benar-benar Penghibur Jalanan yang cukup menghiburkan.
Siapa sangka pada hari tersebut dia akan dipertemukan dengan dua makhluk Tuhan yang comel?
Semuanya takdir.
Kejadian itu membuatkan dirinya berfikir sendirian.
- Betapa bermaknanya nilai sebuah senyuman.
- Kalau kita berikan senyuman, secara semulajadinya kita akan mendapat balsan berupa senyuman juga. What You Give, You Get Back.
- Betapa ikhlasnya senyuman yang dihadiahkan sehinggakan dapat dirasakan olehnya meskipun masing-masing adalah makhluk Tuhan yang berlainan spesies, iaitu antara monyet dan manusia.
- Sedangkan monyet juga tahu untuk memberikan senyuman kepada makhluk lain, kenapa tidak manusia juga memberikan senyuman kepada sesama manusia mahupun makhluk lain.
- Berikanlah senyuman kerana tidak akan rugi orang yang memberi senyuman malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Peristiwa itu cukup meninggalkan kesan padanya. 
Seharian harinya ditemani dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Semuanya gara-gara penghibur jalanan yang ditemuinya secara tak sengaja pada hari tersebut.


Beginilah senyuman si penghibur jalanan tersebut.
Cumanya penghibur itu berteman, bukan sendirian.
Manis kan senyumannya.
Geli hati dan terhibur.
Terasa macam nak tersenyum sekali pun ada apabila melihatnya.
Hahahaha
Terima kasih kerana menghadirkan penghibur jalanan tersebut.



Maka begitulah alkisahnya...

Kadangkala kita tidak memerlukan sebab atau alasan untuk senyum.
Kadangkala sesuatu perlu berlaku untuk membuatkan kita tersenyum.
Kadangkala hadirnya sesuatu perkara itu supaya kita belajar sesuatu daripadanya.
Kadangkala hikmah itu datang boleh datang melalui apa-apa sahaja.
Kadangkala kita boleh mendapat banyak perkara apabila kita peka terhadap sekeliling kita.




Hadiah Terbaik

Siapa yang tidak suka menerima hadiah?
Pastinya ramai yang menyukainya kan...
Tapi tahukah anda apakah hadiah terbaik untuk diberikan?
Dan tahukah anda pada siapakah pula hadiah itu sesuai diberikan?
Ketahuilah bahawa...



Hadiah terbaik untuk SAHABAT adalah DOA...
Hadiah terbaik untuk MUSUH adalah KEMAAFAN...
Hadiah terbaik untuk GURU adalah KEJAYAAN...
Hadiah terbaik untuk MURID adalah TAULADAN...
Hadiah terbaik untuk KEHIDUPAN adalah KASIH SAYANG...
Hadiah terbaik untuk KEMATIAN adalah AL-FATIHAH...
Hadiah terbaik untuk IBU BAPA adalah KEBAKTIAN...
Hadiah terbaik untuk ISTERI adalah PENGHARGAAN...
Hadiah terbaik untuk SUAMI adalah KESETIAAN...
Hadiah terbaik untuk ANAK adalah PENDIDIKAN...
Hadiah terbaik untuk DIRI SENDIRI adalah KEJUJURAN...
Hadiah terbaik untuk SEMUA adalah SENYUMAN...
Hadiah terbaik untuk RASULULLAH SAW adalah SELAWAT...
Hadiah terbaik untuk ALLAH SWT adalah KETAQWAAN...



Itulah hadiah terbaik...
Jadilah seorang insan yang sentiasa memberi berbanding menjadi seseorang yang hanya berharap untuk menerima.
Sesungguhnya erti hidup itu pada memberi.
Maka memberilah tanpa mengharapkan sebarang pulangan, wahai diri.

Thursday, December 19, 2013

A Letter

"A picture worth thousand words."
People always say so.

Well, how about letter?
Let's see if it has something as well.

Posto! Posto!

Here is an envelope for you.

There is a letter inside there. Open it and read it.

Thank you.


** Short&Sweet! Just a simple thing to share for this time.

Dikir Barat Time

Lagu versi Indonesia : SUDAH!
Lagu versi lama-lama dulu ala-ala patriotik : SUDAH!
Lagu versi Melayu campur Omputih : SUDAH!
Kali ni biar kita follow lagu versi Pantai Timur pula.
It's Dikir Barat time.

Sebelum kita dengar lagu Dikir Barat, apa kata kalau kita ketahui dulu serba sedikit tentang Sejarah Dikir Barat ni. Itu cuma secebis info ringkas untuk dikongsi.

Lagu ni telah dipilih khas antara pelbagai lagu Dikir Barat lain yang ada.
Lagu ini mengandungi banyak pesanan, terutamanya pesanan daripada seorang mak kepada anaknya.
Sebab tu tajuk lagunya : "Pesan Mak"
Pendikirnya pula bukan sebarangan orang.
Beliau ada academic background yang bukan hanya berada di tahap tercorot, sebaliknya ada kelulusan Sarjana Muda.
Beliau adalah Halim Yazid.

Jom...
Ikut Dikir Barat, takpe!
Ikut budaya Barat itu yang Jangan!

Selamat berdikir Barat.
Istimewa buat semua: "Pesan Mak" oleh Halim Yazid

p/s: 
- kalau anda boleh boleh faham dialek Kelantan, Alhamdulillah. TAHNIAH!
- kalau anda belum dapat faham, boleh minta kawan2 dari Kelantan atau yang faham dialek ini untuk tolong translate bagi pihak anda. Nanti boleh la belajar sekali.



Bukan Sekadar Lagu


Masih lagi lagu...
Tapi bukan sekadar lagu...
Terhasilnya lagu itu daripada gabungan antara dua elemen utama..
Bait-bait kata yang disusun (lirik) dan Rentak irama (melodi)...
Namun tak lengkap jika unsur perasaan/emosi tidak turut serta...
kerana ia adalah jiwa bagi muzik itu sendiri (soul of the music)...
Seseorang perlu menjiwai muzik dengan sebenarnya, barulah boleh terkesan dengan mesej yang cuba disampaikan dalam lagu tersebut.

Kebanyakan individu hanya mendengar sesebuah lagu dengan sekadar mendengar...
Hanya segelintir sahaja yang mampu benar-benar menjiwai lagu yang didengarinya...
Dan hanya sebahagian sahaja yang dapat merasai sesuatu di sebalik lagu tersebut...

Kali ni, cuba lakukan...
Pejamkan mata apabila mendengarnya...
Cuba hayati lirik dan fahami maknanya...
Perhatikan setiap kata-kata...
Adakah kita mampu merasai sesuatu di sebalik lagu ini?

"Standing In The Eyes of the World"
(dari tajuknya pun dah boleh expect & feel something sepatutnya)


Lama Tapi Baru

Lama tak semestinya lapuk…
Lapuk tak semestinya buruk…
Buruk tak semestinya teruk…
Teruk tak semestinya tiada guna…
Selama mana pun ia, jika ia ada makna, pasti akan tetap bermakna walaupun ditelan zaman.
Sesuatu yang lapuk, jika ada isinya, pasti dapat digunakan walaupun ada yang kian melupakan.

Lagu yang lama, lirik yang bagus…
Sesuai untuk semua peringkat usia dalam apa jua situasi.

Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Berfikirlah secara positif...
Bayangkan kejayaan sebelum mengecap kejayaan.



FIKIRKAN BOLEH

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Meskipun lagu lama, tapi hebatnya ia kerana mampu memberi semangat yang baru kepada sesiapa yang mendengar. Inilah yang dikatakan dengan Lama Tapi Baru.

Nak dengar? Sila tekan link dibawah:

Link :