Hari
ini saya ingin kongsikan sesuatu bersama para pembaca sekalian.
Sesuatu
yang mungkin kelihatan biasa tetapi adakalanya kita sendiri terlepas pandang
tentangnya.
Sudah
menjadi lumrah kehidupan sekiranya seseorang itu selalu mendambakan sesuatu
dalam hidupnya.
Namun
kadangkala kerana terlalu mengejar sesuatu impian tertentu, kita terlupa nikmat
dan rezeki yang diberikan dalam satu bentuk yang lain.
Ayuh kita renungkan perkongsian ini.
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
--------------
Adakalanya kita mungkin mengeluh kerana tidak berjaya memperolehi apa yang kita inginkan. Sesekali renungkan kembali apa yang kita miliki. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan apa yang diberikan. Barangkali apa yang kita inginkan itu belum tentu terbaik untuk kita, sebab itu kita tidak memperolehinya. Dan yakinlah bahawa apa yang kita miliki itu adalah yang terbaik untuk kita. Al-Quran sendiri telah menjelaskan hal ini dalam surah al-Baqarah, ayat ke-216.
"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya." (QS 2:216)
Maka
bersyukurlah.
Sukai,
sayangi, cintai, hargai dan nikmatilah apa yang kita miliki.
Kerana
belum tentu insan lain memiliki apa yang kita miliki.
Jadilah
insan yang sentiasa bersyukur.
Dan (ingatlah juga),
tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami
akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Wallahua'lam.
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino